Assalamualaikum, Hi. Rasa janggal sangat sebab feeling soooo old school & terkenang balik zaman dulu-dulu tulis blog, cari templete lawa-lawa, hias blog cecantik & promote blog hahaha. Rasa nak start blogging balik sekadar untuk ingat tarikh-tarikh / hari-hari keramat. Bila dah tua nanti, bosan-bosan boleh baca everything balik kannn.

So, on that tarikh (24Ogos2017) I ada Ujian Fizikal dan Kecergasan untuk jadi Pegawai Imigresen KP19. It was started when I dapat sms dari SPA. Pihak SPA jemput I untuk datang temuduga tu.


7Ogos2017 ; 05l:11PM
(Tak tahu kenapa spa hantar dua kali pulak tu)

Masa I dapat sms ni, masa tu hari Khamis dekat bilik kawan tengah lepak dengan baby, Milin & Lisa sebab masatu seharian Lect cancle kelas last minute. Sooo, after dapat je sms dari SPA I was so f excited, Ya Allah sumpah rasa happy sangat sebab rasa.. happy laaa! Tak tau nak describe feelings masatu macam mana but diorang tau how tersengih-sengih nya i dapat sms tu. Lepas je dapat sms tu, terus cepat-cepat whatsapp group family bagitau yang i dipanggil untuk temuduga. Along, ibu, angah, abah pun sarankan untuk datang temuduga. 

Dahtu, i cuba click dekat link yang dia bagi tu but tak dapat akses (time ni nervous balik sebab takut terlepas tarikh iv) so i try and try and try, tak tau la itu kali ke berapa belas i refresh google baru dapat! Itupun i cuma tengok tarikh penjadualan temuduga dalam spa. Dari situ i tau la start iv ni berapa haribulan. Interview start 20hbOgos2017 - 27hbOgos2017. Lepastu terus inform family balik. Ingatkan datang begitu je. Rupanya kena check dalam satu website ni & masukkan no ic then- there you go, tarikh iv yang ditetapkan for you bila. But! too bad, as usual la portal dia problem untuk akses. Fed up jugak tauu. Syukur Alhamdulillah, the next day tu Allah gerakkan hati untuk bukak email andddddd terus nampak keyword "pengambilankhas

(Same date masa dapat sms rupanya hahaha lol)

TODAY
(Ujian Fizikal Dan Kecergasan)

Ok so today is the day. Malam tadi seriously tak dapat tidur sangat sebab risau Ya Allah, takut tak lepas dekat mana-mana part of the pemeriksaan. Banyak ok dia check, ala-ala tentera jugak haha

  • First station - Pemeriksaan tinggi (min 153) & berat (min 46) + bmi around (19-26) sahaja
  • Second station - Pemeriksaan mata. Rabun & Warna
  • Third station - Pemeriksaan badan, kaki & cara berjalan
  • Fourth station - Pemeriksaan cara berkawad & tapak kaki
  • Fifth station - Ujian lompat jauh berdiri/standing long jump (162cm) 
  • Sixth station - Ujian lari ulang alik 4x100m 
  • Last station - Sit up 28kali in 2 minutes

Sebelum tu, i bertolak dari rumah pukul 6 pagi sebab start pukul 8 pagi & biasa lah, mesti kena on time kan! Ibu bangun lagi awal for sure sebab prepare sarapan & other things. Sebab lain, she was so excited dan bersyukur sebab i dapat panggilan temuduga ni & sangat mengharap i lulus dan dapat this kind of job, insyaAllah. Tempatnya dekat Bangunan KDN Johor Baharu & yang bawa i ke sana was my jiran (Kak Phia & Cik Ana) Family duduk je Johor but jalan-jalan dekat Johor Bahru kami sangat failed. Kitaorang lagi pro jalan dekat KL &other places like Melaka, Terengganu & Lumut haha. Back to the topic, Alhamdulillah perjalanan semua okay & sampai sana around 7.30 pagi. Bila dah sampai sana, terus ke depan lif & pergi ke tingkat 7. 

Buttttttt, sampai-sampai je depan pintu nak masuk dewan (tak sure if it is dewan ke apa but kind of like that), dekat pintu masuk tu ada 2 orang pegawai Imigresen. They asked for surat tawaran, ic real & fotostet. Too bad, i tak bawak yang fotostet. Dah gelabah kot fikir macam mana ni. Semestinya, for sure, kena bebel dengan ibu & cik ana sebab tak prepare betul-betul. Nasib baik ada angah backup i & tenangkan ibu. That pegawai said dekat lobby ada kedai fotostet & they asked me to go fotostet first. Bila dah sampai dekat bawah, tengok kedainya still tak bukak sebab belum pukul 8 pagi. Ibu & cik Ana dah bercerita how clumsy i was. I berdiri depan pintu kedai tu kot sebab taknak kena potong barisan & lambat. 

Bila dah siap fotostet & everything dah ok. I terus salam minta restu dari ibu, cik ana. Diorang tak boleh ikut i naik atas sebab tempat tu takda sediakan tempat untuk ibu bapa tunggu. So, they need to wait dekat bawah or pergi lah berjalan-jalan dulu. Bila i sampai sana je, diorang asked for the doc & arahkan i untuk pergi ke meja kaunter LTD05, sebab masatu ada LTD18 sekali, i tergolong dalam 05. Lepas daftar nama semua dan disebabkan kena tunggu fotostet, i dapat no yang dah nak last kot. 

(Ok ni laaaaah! no giliran 35)

(Sebab kebosanan menunggu, package dengan update ig stories & main twitter okeh)

Lama sangaaaat ok nak sampai ke no 35 ni. Dari pukul 8.30pagi i duduk menunggu sampai 1 petang lebih baru giliran i. Ibu & family keep whatsapp me tanya everything ok ke tak & ingatkan suruh baca ayat-ayat surah & selawat ke atas Nabi minta Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah. Long story short, dah pukul 1 tu ada pegawai panggil "LT05 No 35 & 36" dia kena berpasangan sebab nanti buat sit up tu sorang kena tolong pegangkan kaki. Ok lepas dipanggil tu, pegawai minta buka kasut, buka stoking, buka jam/gelang & duduk dekat kerusi depan dewan pemeriksaan & ujian dijalankan. Start dari menunggu dipanggil no giliran & bersedia depan another dewan, ramai orang keluar (tak lulus ujian, kebanyakannya rabun mata/warna).

After tunggu dalam 15 minit macam tu, pegawai panggil masuk & terus ke First station. Alhamdulillah lepas & bmi pun ok. Pegawai yang mencatat panggil nama dan suruh sebut no i/c. Then, disuruh duduk dekat Second station. Before teruskan sebut-sebut huruf tu, pegawai perempuan suruh genyeh mata & suluh mata sebab nak tengok if ada pakai contact lense or tak. Alhamdulillah pemeriksaan mata & warna okay. Tunggu sekejap dekat tepi untuk kumpulkan